Saturday, 7 January 2012

isi tersirat dalam tersurat

Assalamualaikum ..
(nak jadi budak nerd kejap hari ni #bahasa paku)

kadang-kadang kita kena pikir dalam-dalam apa yang orang cakap kat kita. tak semestinya apa yang dia cakap tu adalah perkara yang benar-benar dia maksudkan. ada isi tersirat. kebanyakan perempuan macam ni la. contohnya bila dia cakap 'saya okay'. tapi sebenarnya tak okay. tapi bergantung kepada situasi dan keadaan jugak lah. ada lagi. banyak lagi. macam kat bawah ni :

bila dia cakap 'tak apa, awak pergilah'. tapi maksud sebenar ialah 'tolong lah faham yang saya taknak awak pergi'.

bila dia cakap 'saya tak kisah lah', sebenarnya, 'saya memang kisah'

bila dia cakap 'ambillah', sebenarnya 'janganlah ambil'.

tapi bukan semua ayat ni ada yang tersirat. seperti yang dicakapkan tadi, bergantung kepada situasi dan keadaan. dan bila dah ada maksud-maksud tersirat ni, kita kenalah pandai-pandai kawal situasi ni. contohnya bila dia cakap 'tak apa, awak pergilah', jadi janganlah betul-betul pergi. mau mengamuk si perempuan tu. kalau berani, buat lah betul-betul. haha. jadi cakaplah kat dia, 'tak, saya takkan pergi. saya ikut cakap awak okay'. sejuk sikit hati dengar macam tu.


dan kalau dia kata 'saya okay', jangan lah bodoh bebal lurus sangat pergi jawab 'oklah kalau macamtu'. sakit hati jugak lah kita sebagai perempuan dengar macam tu. haha. instead, cakap lah 'saya tau awak tak okay', dan lepas tu, pujuk lah dia dengan kata-kata yang manis dan menyejukkan hati atau berilah hadiah atau apa-apa yang boleh gembirakan hatinya. barulah romantik! hehe.

jadi folks, berwaspadalah ya bila melayan hati seorang perempuan yang banyak meluahkan kata-kata tersirat ni. bukan perempuan je macam ni. malah lelaki. jadi pandai-pandai lah handle situasi macam ni ya.

semua di jiwa dan hati, terungkap di sini,
DeeSya 'Javier

By : Deesya Javier's

1 comments:

♥(˘⌣˘)♥ said...

uit ! yunk ! try la buat shoutbox mcm kat blog i.. senang,,, huhu .. tu pun i belajar buat dari bloggers lysa... hihi lepas nih boleh la kita bergossip ! huhu

Post a Comment

Hyehye . Deesya Javier's Here !

nak komen ?? bole je ..

banyak2 pon takpe :)